Monday, 28 July 2008

AlHaneena…


Nostalgia indah bermula…itulah yang dapat saya ungkapkan pada entry kali ini. Itulah maksud disebalik AlBayt dan Haneen..bukanlah nama seorang gadis..jauh simpangnya tu... maksudnya lebih dari itu…

Bukanlah jiwang tapi pengalaman yang penuh dengan kegembiraan, kesedihan, terharu, rindu, pahit, manis yang memang penuh dengan erti bagi hidup ini. Itulah maksud Haneen (asal daripada Hanna) yang bahasa mudahnya nostalgia.

Albayt tu dinisbahkan kepada Universiti al Al-Bayt, institusi pengajian yang saya belajar selama hampir empat tahun untuk mendapat sekeping sijil Bachelor di dalam bidang Usuluddin.

p/s: tetapi saya dah ubah URL kpd alhaneena sahaja utj memudahkan sesiapa mencari :-)

Salah Faham…

Ramai orang awam mempunyai fahaman yang silap terhadap nama al-bayt atau albait.

al Al-Bayt bukanlah dinisbahkan kepada 'Ahlul Bait' yang dipuja-puja oleh golongan Syiah tapi nak dinisbahkan kepada King Hussien (Raja Jordan ketika itu) merupakan salahsilah al-hashimiyyah, keluarga nabi Muhammad S.A.W. Maka nama al Al-Bayt dimemorikan kepada keturunan Raja Jordan yang ada.

al Al-Bayt University..

Banyak nostalgianya...

Masa tidak pernah menunggu kita…terlalu cepat perginya tanpa sedar. Terasa masih hangat di ingatan setiap penjuru dan lorong-lorong di celah-celah bangunan kotak-kotak bagaikan sekolah rendah... dikelilingi ladang zaiton berdebu yang menjadi laluan short cut ke kuliah dari bab ar-raisi (main gate). Sesiapa yang sayangkan kasut pasti tidak menyusuri jalan zaiton tadi. Pasti Menyesal!

Terlalu banyak kisah di dalamnya..menuntut berjela-jela panjangnya.


Kembali kepada nama Jordan

Alhamdulillah, Dialah yang selayaknya yang kupuji kerana diberi peluang beroleh pengalaman yang sangat berharga di Bumi Anbiya' yang diberi nama Hashimite Kingdom of Jordan, singkatannya Jordan. Bahasa arabnya pulak:

المَمْلَكَةُ الأُرْدُنِيّةُ الهَاشِمِيّةُ

28 Mei Hari Bersejarah

Duit melayang…

Pertama kaki berpijak di atas lantai Queen Alia Airport, Amman, Jordan. Seorang diri masa tu.. terasa sejuk menangkap tubuh…peerghh! Saya memang tak tahan sejuk! Walaupun dah dikenakan jaket tapi tetap sejuk walaupun tak masuk musim sejuk lagi pun, baru musim luruh tu! macam mana la saya boleh habiskan 4 tahun di sana...macam tak percaya!


Biasanya pertama kali datang ke oversea mestilah barang agak banyak terutamanya rempah ratus…stok yang dapat tahan sekurang hampir setahun. Oleh kerana beg besar dan sangat berat maka saya pun mencari-cari trolley ataupun dipanggil Arabai@arabah dalam bahasa arabnya.

Alangkah leganya ada seorang pemuda agak tampan dan tegap badannya menolong saya mengangkat beg-beg ke atas arabai..

mmm…lega rasanya. Teringat balik ustaz-ustaz cerita dulu di Maahad: "Arab baik macam Malaikat." Memang baik arab ni kan, suka tolong orang...

Tapi…bila saja sampai di ruang balai ketibaan dia tunggu je sambil tengok lama muka saya…seolah-olah berharap. Dalam seminit kemudian dia buat bahasa isyarat guna tangan macam tunjuk "peace"!!

Rupa-rupanya dia nak dua Dinar Jordan. Tak pe la…saya pun bagi la tanpa berfikir banyak..Masa tu saya tak cekap sangat dengan currency sana dan pening-pening lagi nak convert dari RM$, U$D dan Dinar Jordan. Lepas 10 minit barulah perasan yang saya dah beri RM10.80 (1 Dinar Jordan = rm5.40 masa tu) pada mamat tu. Keja dia hanya tolak trolley dalam jarak hanya tak sampai 50meter dapat banyak tu. Bayangkan kalau dia dapat 10 palanggan dengan cara modus operandi yang sama! Kaya mamat tue.

Tetapi itu bukanlah gambaran arab yang sebenar…Sedih melihat akhbar HARIAN METRO mendedahkan kegiatan Minah Arab Eskot di sekitar KL menjual tubuh disana. Kerana setitik nila habis susu sebelanga! Nama bangsa Arab yang sinonim dengan Islam dipandang serong walaupun yang berbuat demikin bukanlah Arab Islam!

Bangsa apa dan mana sekalipun tidak dipandang tinggi oleh Allah kecuali pada yang BERTAQWA kepadaNya…

Sekadar pengenalan ringkas..hari pemanas melembutkan jemari yang keras.

Voice from heart to heart!

Affuan che mansor,

uia gombak

1 Ogos 2009.